Filed under: Uncategorized
Salam,
Saya pernah mengenalinya 11 tahun yang lalu, pertemuan di Kuala Selangor melalui sepupu saya membawa memori pertemuan saya dengan Saudara Ezam, kebetulan dia adalah bekas pelajar Victoria Institution iaitu satu sekolah dengan sepupu saya.
Masa itu, Ezam masih dengan Umno, namun peristiwa pemecatan mantan TPM, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah merubah segalanya, Ezam telah berpaling tadah dan bersama-sama Azmin, Wan Azizah,Chandra Muzzaffar, mereka menubuhkan Parti Keadilan Nasional yang sekarang di kenali sebagai Parti Keadilan Rakyat(PKR) yang pada asasnya untuk membebaskan Datuk Seri Anwar.
Namun, setelah sekian lama berkhidmat , akhirnya kerana rasa insaf dan sedar bahawa perjuangan PKR sia-sia belaka, dan rasa tertipu dengan PKR, akhirnya pada 28 Mei 2008, Ezam telah kembali semua ke Umno setelah yakin semula dengan kepimpinan Pak Lah, walaupun di asak dan di uji, akhirnya Ezam di terima semua dalam Umno walaupun tidak bertanding sebarang jawatan.
Namun, Ezam tidak duduk diam, melihat keadaan politik yang tunggang langgang akibat bahana dan musibah PRU 12, dia mengatur langkah dan mengadakan road tour dan ceramah anjuran Umno dan terkini dia mengadakan ceramah di Shah Alam dan sambutannya hebat sehingga ke luar dewan, penyokong nya amat tekun dan khusyuk mendengar amanatnya.
Nampaknya Ezam adalah satu inspirasi untuk kebangkitan Umno Selangor dan Barisan Nasional atau kumpulan pembangkang Selangor(BN) untuk merampas kembali Selangor dari Pakatan Rakyat dan dia terus membongkar kepincangan kerajaan negeri di bawah Tan Sri Khalid.
Semoga Ezam terus berjuang dan mengembalikan yang hak demi rakyat Selangor.
Salam
Filed under: Uncategorized
Salam,
Sudah lama jari jemari ini tidak berfungsi untuk menulis dalam blog ini. Maaf, kerana ada “masalah peribadi”, Alhamdulillah, akhirnya berkesempatan juga.
Sudah seratus hari Selangor berada di bawah pemerintahan regim Pakatan Rakyat, dan dalam masa tersebut, kita telah saksikan bebagai-bagai cerita samada di media cetak atau elektronik. Dan kebanyakkannya menakutkan kita.
1. Kontroversi projek RM 100 juta ringgit, tak perlu saya nyatakan.
2. “Pengusiran” pejabat Radio No 1 di Selangor, Selangor FM oleh Menteri Besar, mujurlah Kementerian Penerangan memberi tempat yang baru untuk Selangor FM.
3. Pengharaman Islam Hadhari oleh kerajaan negeri.
4. Projek Gereja terbesar di Asia Tenggara, yang di fahamkan akan di dirikan di Shah Alam.
5. Sikap berdolak-dalik Kerajaan Negeri mengenai isu pemberian air percuma.
6. “Pemecatan” pengarah Muzium Negeri tanpa alasan dan sebab yang rasional.
7. Kembalinya Ezam Mohd Noor ke Umno, yang ini boleh lah di katakan berita baik, Ezam adalah anak Kelahiran Selangor.
8. Ahli PKR membuat laporan polis mengenai salah guna dan penyelewengan pemimpin mereka sendiri seperti kes Yahya Shaari
9. Kontroversi konsert Ella dan Mas Idayu yang menjadi kemarahan ahli Pas Selangor sehingga Sultan kesayangan rakyat terpaksa masuk campur dan menegur Pas.Dan terkini konsert Protes yang pada satu masa, penyanyi kumpulan punk, telah melondehkan seluar nya dan sekali lagi menjadi kemarahan Pas.
10. Projek Bandar Cina yang di usulkan oleh Theresa Kok.
11. Isu cukai tanah atau cukai pintu.
Kesimpulannya, memang 100 hari di Selangor amat menakutkan, dan harapan kita hanya pada Pembangkang Selangor yang di pimpin Barisan Nasional yang hanya dapat membela nasib kita.
Semoga Allah SWT melindungi rakyat negeri Selangor dari pemimpin yang gila kuasa, dan semoga mereka dapat di tumbangkan di peti undi pada PRU KE 13 nanti.
May Allah help and bless us.
Salam
Anak Rantau Selangor a.k.a The General
Filed under: Uncategorized
Salam,
Berberapa hari dulu, saya pulang ke kampung halaman saya di Selangor, sudah lama tak berkunjung ke sana, sejak “penaklukan” oleh Pakatan Rakyat, saya bercadang untuk bermalam di rumah orang tua saya, tapi saya ingin kelainan, bermalam di hotel kerana ingin lebih santai dan rileks. Sebelum ini saya pernah pulang sekejap kerana ibu saudara saya meninggal kerana sakit jantung. Al-Fatihah buat ibu saudara saya.
Esoknya selepas sarapan, kami meninggalkan Shah Alam menuju ke Kuala Selangor, tempat asal saya, kami melalui kawasan perumahan yang pernah saya diami dahulu. Dan kami singgah sebentar di Klang dan alangkah terkejutnya bila Klang tak seperti dulu, sisa-sisa Pemerintahan BN masih berdiri teguh, namun jalan-jalan masih berlubang, dan ada projek yang pernah di bangunkan oleh kerjaaan BN terdahulu, sudah tiada peningkatan lagi, semua tertinggal lesu dan tak bermaya, tapi yang ada hanya bendera PAS, PKR dan DAP, namun saya tersenyum kembali apabila ternampak papan tanda yang besar dan tidak di turunkan bila saya melalui kawasan DUN Sementa, gambar mantan MB dan ahli DUN, Datuk Rahman Palil, macam seolah-olah memberi harapan yang BN akan merampas Selangor satu hari nanti.
Rasa sedih dan pilu bila Selangor sudah tak macam dulu, apabila saya memandu kereta di sekitar Shah Alam, malam tidak seceria dulu, penduduk di sana tidak seriang dan gembira, merungut pun ada, itulah saya saksikan.Malam seolah bagai di rundung gerhana. Dan remaja kelihatan berkeliaran tanpa haluan, mat rempit, jangan ceritalah.
Apabila saya pulang ke Melaka, saya berfikir seketika, mujurlah Melaka di bawah kepimpinan Datuk Ali Rustam semakin pesat membangun dan maju, namun saya terkilan dengan apa yang terjadi di Selangor, air mata saya mengalir melihat keadaan di Selangor.Andai masa dapat di ulang kembali, tentu segalanya tidak berlaku seperti sekarang.
Semoga PRU 13, Selangor akan ceria semula, dan saya akan kembali dan akan kelihatan wajah-wajah ceria rakyat Selangor, hanya kumpulan pembangkang Selangor(BN) akan memperjuangkan hak rakyat Selangor yang sekarang di bawah Tan Sri Khalid.
Filed under: Uncategorized
Salam,
Pagi ini amat indah sekali, dan setiap detik, saya mengucap syukur pada Allah SWT kerana masih di beri peluang untuk mencari rezeki dan bernafas dan juga meneruskan kehidupan di rantau orang.
Sudah hampir 9 tahun saya menetap di bumi Hang Tuah, Melaka. Alhamdulillah, saya merasa aman dan damai di sini, walaupun jauh di sudut hati, saya merindui bumi tempat saya lahir, Selangor Darul Ehsan, tapi kehidupan harus di teruskan, walau jauh di rantau orang, tapi tak mungkin sama dengan tempat saya di lahirkan.
Alhamdulillah, tempat saya telah “terselamat” dari bencana 8 Mac, saya tak terfikir yang Selangor telah menghadapi bencana politik ini, pada saya negeri Selangor sudah tak sama lagi. Namun saya tetap merindui negeri saya, tapi ada yang lebih utama, kestabilan politik dan pembangunan.
Syukurlah Melaka mempunyai pemimpin yang berkaliber dan berperngalaman seperti TYT Tun Khalil Yaacob, adalah seorang veteran Umno dan Ketua Menterinya, Datuk Seri Ali Rustam yang bekerja keras memajukan Melaka, dan dalam masa 2 tahun lagi, Insyaallah, Melaka akan menjadi negeri maju setanding Selangor. Kemajuan telah saya saksikan di Melaka, di tempat saya tinggal iaitu di Masjid Tanah yang Parlimen dan DUN di kuasai 100 % oleh BN, kemajuan semakin ketara dengan pembinaan projek rumah dan infreastruktur seperti IPT, Hospital, Bank, Klinik dan lain-lain yang sedang dalam perancangan, walaupun bulan lepas Masjid Tanah di landa banjir. Dan kerajaan negeri sedang merancang membina tebatan banjir di Durian Daun dan empangan di Sungai Jerneh, Brisu.
Namun, saya tertanya, dapatkah Selangor terus maju dan atau pun akan kebelakang, apakah PR dapat melakukan yang terbaik seperti mana kerajaan BN yang dulu??
Apapun, saya dan anak-anak rantauan Selangor mengucapkan terima kasih pada KM Melaka, Tok Ali kerana menjadikan negeri Melaka maju dan memberi kami peluang mencari rezeki di negeri bersejarah ini, ramai anak-anak Selangor bekerja di sini, pernah saya ada berjumpa anggoita tentera yang berasal dari Sementa dan Rantau Panjang(kawasan Pak Man Palil) dan yang lain ada yang dari Klang, Sepang, P Klang, Petaling, Sabak Bernam dan Selayang dan apa yang saya terharu, mereka semua menyokong Pembangkang(BN) dan Umno.
Terima kasih pada Tok Ali, kami merasa aman dan selesa di sini, walaupun sekadar anak dagang di sini.Namun layanan orang Melaka terhadap kami amat mesra dan baik sekali.
Terima kasih buat Datuk Wira Abu Seman, Datuk Abdul Karim Sulaiman, Ustaz Idderis Kasim dan YB Amiruddin , YB Puan Latipah yang mewakili kawasan Masjid Tanah samada Parlimen dan DUN kerana menjaga kawasan masing-masing dengan baik.
Hanya Allah yang membalas dan memberi pahala buat YB Semua.
Salam dari Anak Rantau Selangor a.ka The General.
Filed under: Uncategorized
Duli yang Maha Mulia
Selamat di atas Takhta
Allah Lanjutkan Usia Tuanku
Rakyat Mohon Restu
Bawah Duli Tuanku
Bahagia Selama-lamanya
Aman dan sentosa
Duli Yang Maha Mulia….
Filed under: Uncategorized
Salam buat semua anak-anak Selangor.
Alhamdulillah, saya meneruskan perjuangan di alam maya siber ini. Walaupun blog ini ringkas dan tak menarik, namun ada yang tersirat di dalam penulisan blog saya, bukan sekadar cakap-cakap kosong, tapi ada kebenaran demi negeri tercinta Selangor Darul Ehsan.
Sudah bertahun saya tinggal di rantauan, oleh kerana sebab yang terlalu peribadi yang memaksa saya meninggalkan negeri tanah tumpah darah saya, dan tahu sesuatu yang tidak baik berlaku di Selangor(ia nya sudah berlaku), biarlah saya menulis bingkisan khas untuk anak-anak Selangor samada masih berada di Selangor atau di negeri-negeri lain. Kita sedia maklum bahawa negeri kita sudah di takluk oleh Pakatan Rakyat yang di ketua oleh mantan ahli koporat dan segala kepincangan sudah berlaku atau sedang berlaku dan akan berlaku. Tak perlu lah saya menjelaskan, kerana media elektronik dan cetak sudah mendedahkan segalanya.
Apa pun, hidup ini harus di teruskan sekalipun pahit, kerana pasti ada rahmat di sebalik peristiwa dan kejadian.
Bingkisan yang lain akan menyusul kemudian. Ini hanyalah satu mukadimah(permulaan).
Salam
Anak Rantau Darul Ehsan @ The General.